Mutiara kata;

Tuesday, January 22, 2013

15 BENCANA MENIMPA UMAT

Dari Ali bin Abu Talib r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "jika umatku melakukan lima belas perkara ini ,mereka akan ditimpa  bala bencana". Para sahabat lalu bertanya "Apakah itu wahai Rasulullah s.a.w"? Baginda menjawab:
  1. Jika harta rampasan perang itu bertukar tangan.
  2. Jika amanat dikira suatu keuntungan.
  3. Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa).
  4. Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri.
  5. Jika ramai orang menderhaka kepada ibu.
  6. Jika orang terlampau patuh kepada teman.
  7. Sedangkan ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan.
  8. Jika orang suka bertengkar di dalam masjid.
  9. Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum.
  10. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
  11. Apabila minuman keras tersebar luas.
  12. Apabila ramai orang memakai kain sutera.
  13. Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama dan diagungkan.
  14. Apabila alat-alat muzik digunakan.
  15. Apabila umat hari ini mengutuki umat sebelumnya. 
Apabila hal-hal seperti ini berlaku maka tunggulah ketika itu akan tibanya angin panas,atau bahaya-bahaya lain umpamanya gempa bumi dan penukaran corak dan rupa.

(Diriwayatkan oleh Termizi tapi dengan menyatakan Hadis ini Gharib kerana dari Ali bin Abu Talib sahaja.)

Tuesday, December 4, 2012

Kelebihan Ayat Kursi

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi kelebihan ayat kursi;
Harap memberi manfaat kepada anda semua:-)

 Khasiat Ayat Kursi :

Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

Baca setelah berwudhu,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

Baca setelah sholat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil?
Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?

Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

Kenapa masjid semakin kecil?
Tapi bar dan club, semakin besar?

Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis?
Tapi sangat susah untuk menemui Allah?

Pikirkan itu

Apakah Anda akan memforward pesan ini?

Apakah Anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan orang lain?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu. Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman."

Ada 2 pilihan untuk Anda:

1. Biarkan di dalam BBM, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.
Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH...

*Bayangkan kalau suatu hari nanti ALLAH  S.W.T tarik balik nikmat yg telah dikurniakan kpd kita, tiba-tiba je kita kehilangan tangan , kaki dan anggota2 yg lain*

*Pahala free takkan nk lepas ja , sedangkan kita asyik buat dosa ja , biar la buat pahala pulak* tak susah mana pun.

Nama-nama orang pertama

Assalamuaikum...
Sekadar maklumat kepada kawan2:-)




1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku… baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.Insyaallah..

Sunday, November 25, 2012

Assalamualaikum...
Hari ini saya akan memberitahu anda tip-tip untuk berfikiran positif.
Saya harap dapat memberi manfaat untuk anda semua walaupun tak seberapa.


Tip fikiran positif:

(1) Terus memperbaiki diri termasuklah akhlak, sikap dan perilaku.

Untuk lebih berfikiran positif, pertama anda perlulah melihat diri anda dulu. Seperti mana yang  kita     ketahui bahawa manusia tidak sempurna, jadi ada kelebihan dan kekurangan. Justeru itu, anda perlulah memperbaiki diri anda dulu iaitu baik dari segi perbuatan, sikap dan emosi. Barulah kita dapat mengekalkan fikiran positif.

(2) Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hati, anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa berfikiran positif terhadap mereka. Apabila berlaku perkara yang anda tidak suka, ada juga perlulah berfikiran positif dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah S.W.T kepada hambanya. Ini kerana segala yang kita tempuhi, sama ada baik atau buruk, rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berfikiran positif.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda: "Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan dengan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya." (riwayat Muslim)

Demikian juga apabila anda berhadapan dengan masyarakat di sekeliling. Mulakan interaksi kita dengan mereka secara positif. Jangan melihat semua orang di sekeliling sebagai pesaing atau musuh.

(3) Tumpukan pada nilai-nilai murni



Walau siapa jua yang anda jumpa, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang anda lihat ada pada dirinya. Seperti yang diperkatakan oleh Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat iaitu "Sekiranya saya tidak sukakan seseorang, saya perlu mengenalinya dengan lebih baik" (Chicken Soup for the Soul:14:2012). Mungkin anda tak berapa faham dengan kata2 ini. Jadi saya akan ceritakan sedikit berkaitan kata2 ini:

Hari ini hari pertama selepas saya memilih berhenti mengajar di dalam bilik darjah dan menjadi seorang koordinator kebajikan pelajar sekolah menengah. Saya bertanya kepada seseorang wanita yang sudah bersara daripada jawatan itu, bagaimana beliau dapat bertahan berkerja dengan pengetua yang berfikiran sempit dan bersikap negatif kepada guru-gurunya. Jawapan beliau begitu indah dan positif sehingga saya terdorong menghayati serta-merta. Ia menyelamatkan saya daripada menghabiskan masa berasa kecewa atau berdendam, dan sejak itu menjadi penyelesaian kepada kebanyakan konflik dalam kehidupan saya.
Jawapan beliau mudah sahaja, "Saya mendoakan dia. Sukar untuk kita tidak suka kepada orang yang kita doakan."

Jadi, dengan cerita ini dapat menjadikan anda semua supaya berfikiran positif , mengamalkan nilai-nilai murni dan membuang sikap-sikap negatif yang ada pada diri anda.

 (4) Elakan sikap negatif.



Jauhkan diri anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda. Kita akan kekal fikiran positif. Apabila menghadapi masalah, kita selalu merungut, memaki dan memarah dengan takdir. tak baik tau. Sebaliknya, apabila kita berhadapan dengan musibah seperti kemalangan, penyakit dan sebagainya, kita perlu melihatnya secara positif. Jangan kita berburuk sangka dengan Allah. Anggaplah ia sebagai ujian yang Allah kurniakan kepada kita untuk mengangkat darjat atau sebagai penghapus kepada dosa-dosa yang telah kita kerjakan selama ini.




Firman Allah SWT: Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (asy-Syu'ara: 30)
Apabila kita berfikiran positif, maka kita akan menarik elemen-elemen positif bersama dengan kita.
Allah juga akan mengikut sangkaan kita terhadap-Nya. Sewaktu kita berdoa, hendaklah kita yakin dan percaya Allah akan memakbulkan doa yang kita panjatkan.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman: Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku... (riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

(5) Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

(6) Jangan ambil kisah cakapan orang.

Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda anda supaya berfikiran positif dengan langkah-langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

(7) Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik. sebagaimana yang diketahui bahawa manusia diberikan kebebasan untuk menggunakan akal. Tiada halangan bagi mereka berfikir. Asalkan landasan pemikiran tersebut berpaksikan kepada neraca dan sempadan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Setiap manusia mempunyai ruang dan peluang untuk membentuk pemikiran, sama ada positif atau negatif. Apabila berhadapan dengan situasi atau keadaan tertentu, sikap yang diambil boleh ditentukan dengan pemikiran.


Bahkan, pemikiran juga dapat memberikan kekuatan kepada kita dalam berhadapan dengan ujian dan cabaran kehidupan untuk mencapai matlamat yang didambakan. 

Selain itu, pemikiran positif sebenarnya perlu disemai dalam diri. Mengajar kita untuk berfikiran lebih optimis, memberi ruang untuk minda berfikiran lebih terbuka, membantu kita untuk meningkatkan daya dalam diri sendiri, masyarakat dan persekitaran. Berfikiran positif juga hakikatnya membuatkan kita menjadi lebih tenang dan tenteram. Keadaan ini akan membantu kita dalam membuat keputusan yang rasional serta adil.
Berfikiran positif juga dapat mengelakkan berlakunya persengketaan, permusuhan, dendam dan ketidakpuasan hati sesama manusia. Orang yang berfikiran positif juga tidak akan mudah berputus asa dan kecewa. Sebagai contoh, seseorang yang gagal dalam perniagaannya biasanya akan melihat kegagalan tersebut adalah penghalang kepada kejayaannya. Maka, dia akan terus berputus asa, kecewa dan mungkin tidak akan meneruskan usahanya lagi. Akan tetapi, bagi seseorang yang mempunyai pemikiran positif, kegagalan merupakan kejayaan yang ditangguhkan. Kejayaan itu akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Kegagalan dilihat sebagai batu loncatan untuk memperoleh kejayaan.

Sebenarnya, pemikiran positif selari dengan kehendak Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman sebenarnya adalah baik, walaupun pada pandangan kita ia adalah buruk.
Setakat ini daripada saya ^ -^ .