Hari ini saya akan memberitahu anda tip-tip untuk berfikiran positif.
Saya harap dapat memberi manfaat untuk anda semua walaupun tak seberapa.
Tip fikiran positif:
(1) Terus memperbaiki diri termasuklah akhlak, sikap dan perilaku.
Untuk lebih berfikiran positif, pertama anda perlulah melihat diri anda dulu. Seperti mana yang kita ketahui bahawa manusia tidak sempurna, jadi ada kelebihan dan kekurangan. Justeru itu, anda perlulah memperbaiki diri anda dulu iaitu baik dari segi perbuatan, sikap dan emosi. Barulah kita dapat mengekalkan fikiran positif.
(2) Bersangka baik
dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hati, anda mahu baik dengan
semua orang yang ada di sekeliling Anda. Oleh itu, anda perlu
sentiasa berfikiran positif terhadap mereka. Apabila berlaku perkara yang anda tidak suka, ada juga perlulah berfikiran positif dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah S.W.T kepada hambanya. Ini kerana segala yang kita tempuhi, sama ada baik
atau buruk, rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berfikiran positif.
Dalam sebuah hadis,
Rasulullah bersabda: "Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman,
sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang
memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia
dianugerahkan dengan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur. Maka jadilah anugerah
itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah
musibah itu baik untuknya." (riwayat Muslim)
Demikian juga apabila anda berhadapan dengan masyarakat di sekeliling. Mulakan interaksi kita dengan
mereka secara positif. Jangan melihat semua orang di sekeliling sebagai pesaing
atau musuh.
(3) Tumpukan pada nilai-nilai murni
Walau siapa jua yang anda jumpa, bercakap dan berinteraksi,
fokus pada sikap-sikap baik yang anda lihat ada pada dirinya. Seperti yang diperkatakan oleh Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat iaitu "Sekiranya saya tidak sukakan seseorang, saya perlu mengenalinya dengan lebih baik" (Chicken Soup for the Soul:14:2012). Mungkin anda tak berapa faham dengan kata2 ini. Jadi saya akan ceritakan sedikit berkaitan kata2 ini:
Hari ini hari pertama selepas saya memilih berhenti mengajar di dalam bilik darjah dan menjadi seorang koordinator kebajikan pelajar sekolah menengah. Saya bertanya kepada seseorang wanita yang sudah bersara daripada jawatan itu, bagaimana beliau dapat bertahan berkerja dengan pengetua yang berfikiran sempit dan bersikap negatif kepada guru-gurunya. Jawapan beliau begitu indah dan positif sehingga saya terdorong menghayati serta-merta. Ia menyelamatkan saya daripada menghabiskan masa berasa kecewa atau berdendam, dan sejak itu menjadi penyelesaian kepada kebanyakan konflik dalam kehidupan saya.
Jawapan beliau mudah sahaja, "Saya mendoakan dia. Sukar untuk kita tidak suka kepada orang yang kita doakan."
Jadi, dengan cerita ini dapat menjadikan anda semua supaya berfikiran positif , mengamalkan nilai-nilai murni dan membuang sikap-sikap negatif yang ada pada diri anda.
(4) Elakan sikap negatif.
Jauhkan diri anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan
buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan
menghalang anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi
negatif dari meresap masuk ke fikiran anda. Kita akan kekal fikiran positif. Apabila menghadapi masalah, kita selalu merungut, memaki dan memarah dengan takdir. tak baik tau. Sebaliknya, apabila kita berhadapan
dengan musibah seperti kemalangan, penyakit dan sebagainya, kita perlu
melihatnya secara positif. Jangan kita berburuk sangka dengan Allah. Anggaplah
ia sebagai ujian yang Allah kurniakan kepada kita untuk mengangkat darjat atau
sebagai penghapus kepada dosa-dosa yang telah kita kerjakan selama ini.
Firman Allah SWT: Dan
apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka
ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang
salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari
dosa-dosa kamu. (asy-Syu'ara: 30)
Apabila kita berfikiran
positif, maka kita akan menarik elemen-elemen positif bersama dengan kita.
Allah juga akan mengikut
sangkaan kita terhadap-Nya. Sewaktu kita berdoa, hendaklah kita yakin dan
percaya Allah akan memakbulkan doa yang kita panjatkan.
Dalam sebuah hadis
Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman: Sesungguhnya apa-apa
yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku
terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku... (riwayat
Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)
(5) Istighfar
serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang
bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi
negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila
mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab,
perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi
negatif yang mencemarkan pemikiran positif.
(6) Jangan ambil kisah cakapan orang.
(6) Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda anda supaya berfikiran
positif dengan langkah-langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan
menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada anda
(ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya
akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada
Anda, bukan mereka.
(7) Elak
menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik. sebagaimana yang diketahui bahawa manusia diberikan kebebasan untuk menggunakan akal. Tiada halangan bagi mereka berfikir. Asalkan landasan pemikiran tersebut berpaksikan kepada neraca dan sempadan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Setiap manusia mempunyai ruang dan peluang untuk membentuk pemikiran, sama ada positif atau negatif. Apabila berhadapan dengan situasi atau keadaan tertentu, sikap yang diambil boleh ditentukan dengan pemikiran.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik. sebagaimana yang diketahui bahawa manusia diberikan kebebasan untuk menggunakan akal. Tiada halangan bagi mereka berfikir. Asalkan landasan pemikiran tersebut berpaksikan kepada neraca dan sempadan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Setiap manusia mempunyai ruang dan peluang untuk membentuk pemikiran, sama ada positif atau negatif. Apabila berhadapan dengan situasi atau keadaan tertentu, sikap yang diambil boleh ditentukan dengan pemikiran.
Bahkan, pemikiran juga
dapat memberikan kekuatan kepada kita dalam berhadapan dengan ujian dan cabaran
kehidupan untuk mencapai matlamat yang didambakan.
Selain itu, pemikiran positif sebenarnya perlu disemai dalam diri. Mengajar kita untuk berfikiran lebih
optimis, memberi ruang untuk minda berfikiran lebih terbuka, membantu kita
untuk meningkatkan daya dalam diri sendiri, masyarakat dan persekitaran. Berfikiran positif juga
hakikatnya membuatkan kita menjadi lebih tenang dan tenteram. Keadaan ini akan
membantu kita dalam membuat keputusan yang rasional serta adil.
Berfikiran positif juga
dapat mengelakkan berlakunya persengketaan, permusuhan, dendam dan
ketidakpuasan hati sesama manusia. Orang yang berfikiran
positif juga tidak akan mudah berputus asa dan kecewa. Sebagai contoh,
seseorang yang gagal dalam perniagaannya biasanya akan melihat kegagalan
tersebut adalah penghalang kepada kejayaannya. Maka, dia akan terus berputus
asa, kecewa dan mungkin tidak akan meneruskan usahanya lagi. Akan tetapi, bagi
seseorang yang mempunyai pemikiran positif, kegagalan merupakan kejayaan yang
ditangguhkan. Kejayaan itu akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Kegagalan
dilihat sebagai batu loncatan untuk memperoleh kejayaan.
Sebenarnya, pemikiran
positif selari dengan kehendak Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang
beriman sebenarnya adalah baik, walaupun pada pandangan kita ia adalah buruk.
Setakat ini daripada saya ^ -^ .

No comments:
Post a Comment