Mutiara kata;

Tuesday, January 22, 2013

15 BENCANA MENIMPA UMAT

Dari Ali bin Abu Talib r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "jika umatku melakukan lima belas perkara ini ,mereka akan ditimpa  bala bencana". Para sahabat lalu bertanya "Apakah itu wahai Rasulullah s.a.w"? Baginda menjawab:
  1. Jika harta rampasan perang itu bertukar tangan.
  2. Jika amanat dikira suatu keuntungan.
  3. Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa).
  4. Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri.
  5. Jika ramai orang menderhaka kepada ibu.
  6. Jika orang terlampau patuh kepada teman.
  7. Sedangkan ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan.
  8. Jika orang suka bertengkar di dalam masjid.
  9. Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum.
  10. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
  11. Apabila minuman keras tersebar luas.
  12. Apabila ramai orang memakai kain sutera.
  13. Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama dan diagungkan.
  14. Apabila alat-alat muzik digunakan.
  15. Apabila umat hari ini mengutuki umat sebelumnya. 
Apabila hal-hal seperti ini berlaku maka tunggulah ketika itu akan tibanya angin panas,atau bahaya-bahaya lain umpamanya gempa bumi dan penukaran corak dan rupa.

(Diriwayatkan oleh Termizi tapi dengan menyatakan Hadis ini Gharib kerana dari Ali bin Abu Talib sahaja.)

No comments:

Post a Comment